The concept of bumiputera and non-bumiputera in Malaysia context(must read!)
First, let me clarify something. This piece of work is not done by me. It is a moral group assignment by my housemate. The group members include :
Phua Pei Fang(leader)
Low Shu Yun
Ng Jun Hui
Oh Jia Hao
Lim Keong Loong
This is by far the best assignment I have ever come across(including assignments in English) in UTAR. A must read recommendation by me. However our Moral Lecturer is a bumiputera. If one of the group members fails this subject, I will not be surprised. Lol.
Assignment question :
Wajarkah konsep bumiputera dan bukan bumiputera diwujudkan dalam konteks Negara Malaysia. Bincangkan situasi tersebut dari perspektif teori teleologi (egoisme) dan teori deontologi (eksistensialisme).
Answer:
Teori Egoisme
Teori teleologi adalah teori yang menilai sesuatu perbuatan sama ada baik (wajar) atau tidak baik (tidak wajar) berdasarkan kapada nilai instrumentalnya. Sesuatu perbuatan atau tindakan dianggap bermoral jika jumlah kebaikan atau faedah yang dihasilkan melebihi kejahatan. Egoisme adalah salah satu jenis teori teleologi yang memegang prinsip bahawa seseorang itu mestilah melakukan sesuatu perbuatan yang bermatlamat memberikan faedah kepada diri sendiri. Oleh itu, setiap perbuatan dan kesannya memberi keuntangan dan faedah kepada diri sendiri adalah sesuatu perbuatan yang baik dan sesuatu perbuatan yang buruk jika merugikan diri sendiri.
Dari perspektif teori teleology (egoisme), konsep bumiputera dan bukan bumiputera tidak wajar diwujudkan dalam konteks Negara Malaysia. Ini kerana egoisme biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, menindas dan mengeksploitasi orang lain. Selain itu, egoisme tidak mengutamakan kemurahan hati tetapi sentiasa mengejar kepentingan diri sendiri. Kita telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun, taraf hidup kita telah bertambah baik. Kemakmuran dan kesejahteraan yang kita capai selama ini adalah hasil kerjasama erat sesama kaum dan sikap saling faham-memahami antara satu sama lain. Namun begitu, masih ada golongan yang enggan menerima hakikat hidup bersama. Mereka lebih rela memencilkan diri dan memaksa orang lain mengikut fahaman sempit mereka. Sikap ini tidak akan membantu dalam mewujudkan masyarakat Malaysia yang berasaskan kepada perasaan saling mempercayai, tolong-menolong dan hidup dengan harmoni. Kita tidak ingin melihat kaum-kaum tertentu diperlekehkan atas dasar diskriminasi kaum dan agama.
Bangsa bukan Melayu, khususnya generasi yang lahir selepas Merdeka menganggap Malaysia adalah tanahair mereka secara ikhlas dan jujur. Di sinilah bumi dipijak dan langit dijunjung. Mereka turut membangunkan ekonomi, politik, sosial dan pembangunan negara ini secara keseluruhannya bersama-sama kaum lain. Mereka tidak menolak istilah Melayu atau bukan Melayu. Itu istilah etnik yang telah sedia ada selama ini. Mereka hanya tidak dapat menerima istilah bumiputera dan bukan bumiputera. Istilah bumiputera telah diperluaskan penggunaannya bersama perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru sejak tahun 1970. Istilah bumiputera itu membawa kesan pembezaan yang nyata. Ia menjadikan seolah-olah bukan bumiputera seperti orang-orang Cina, India dan lain-lain sebagai rakyat kelas kedua di Malaysia.
Manakala bagi pihak lain, sesetengah golongan minoriti Melayu yang masih belum dapat menerima hakikat bahawa bangsa lain juga warganegara yang sama taraf dan sama hak dan tanggungjawabnya dengan mereka dari segi undang-undang dan Perlembagaan Negara. Segolongan kecil minoriti Melayu masih menganggap konsep ketuanan Melayu adalah realiti, sesuatu yang betul wujud dan bukannya ilusi. Mereka masih menganggap Malaysia ini sebagai Tanah Melayu dan hak kepunyaan eksklusif orang Melayu. Sebaliknya, orang lain dianggap sebagai orang asing. Justeru itu, mereka menganggap istilah bumiputera itu perlu dikekalkan. Ini adalah berkaitkan dengan kedudukan keistimewaan orang Melayu seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan ini membenarkan kebebasan beragama namun ia telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu, pihak kerajaan sentiasa menyediakan bantuan kewangan kepada pelbagai institusi Islam dan organisasi-organisasi Islam. Secara tidak langsung, kerajaan kurang memberi perhatian dan bantuan kewangan kepada bangsa lain. Konsep bumiputera dan bukan bumiputera tidak boleh selamanya mengeksploitasi orang lain tetapi mesti mengamalkan sikap tolak-ansur untuk kebaikan bersama.
Soal kedudukan istimewa Melayu yang disalurkan melalui mendiang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masih diteruskan atas nama Dasar Pembangunan Nasional (DPN) sejak berakhirnya tempoh dasar yang mendahulukan orang Melayu itu diperkenalkan pada tahun 1970. Dasar Ekonomi Baru, disusuli dengan Dasar Pembangunan Negara telah berjaya menghasilkan golongan profesional, saintis dan teknologis di kalangan bumiputera. Jumlah profesional bumiputera berada di tahap 21 peratus pada tahun 1990 telah meningkat ke paras 30 peratus pada akhir tahun 2002. Orang Melayu yang semakin makmur hidup berbanding 30 tahun lalu, agenda mereka bukan lagi untuk keluar dari perangkap kemiskinan tetapi ingin menikmati kemewahan, kemakmuran dan bergaya dari kaum-kaum lain. Keadaan ini mungkin mengakibatkan manusia sentiasa berperang dan tidak tenteram.
Dalam masa yang sama kemiskinan, kemunduran, lemah, daif dan terbiar juga berlaku di kalangan bangsa lain di negara ini, terutamanya orang-orang Asli. Mereka juga perlu diberi perhatian dan dibantu. Kaum Cina dan India yang miskin di kampung-kampung baru dan di estet-estet serta Orang Asli di pendalaman, mengalami kemunduran seperti kaum Melayu di luar bandar dan di kawasan setinggan di kota besar. Sengsara dan deritanya adalah sama tanpa mengira kaum dan agama. Pada keseluruhannya, konsep bumiputera dan bukan bumiputera tidak wajar diwujudkan mengikut teori egoisme. Walau bagaimanapun, konsep bumiputera telah lama tertera dalam Perlembagaan Negara. Sekiranya kedudukan istimewa itu diteruskan, ia mesti ditegakkan atas prinsip keadilan. Ini bermakna kedudukan keistimewaan orang Melayu mesti digunakan untuk tujuan tulen membantu orang Melayu yang benar miskin, lemah, daif dan terbiar. Sebaliknya, kedudukan keistimewaan itu tidak sepatutnya dijadikan lesen atau permit untuk mengkayarayakan segelintir orang Melayu.
Teori Eksistensialisme
Seperti teori teleologi, teori deontologi terdiri daripada pandangan dan konsep yang berbeza. Teori deontologi membuat penilaian serta pertimbangan terhadap sesuatu perkara sama ada wajar atau tidak wajar berdasarkan nilai intrinsic. Eksistensialisme juga dikenali sebagai etika situasi. Etika situasi menilaikan sesuatu perbuatan atau kelakuan sama ada wajar atau tidak wajar berdasarkan penilaian situasi atau keadaan pada waktu tersebut. Ahli falsafah eksistensialisme adalah seperti Soren Kierkegaars, Martin Heidegger, Karl Jaspers, Gabriel Marcel dan Jean paul Sartre. Sartre dianggap paling terkenal dengan falsafah Eksistensialisme. Sartre mengemukakan hujah mengenai eksistensialisme dalam bukunya “Being and Nothingness” bahawa manusia bebas melakukan apa sahaja dianggap betul dan sesuai dengan keadaan pada waktu tersebut, apa yang dilakukan adalah bergantung kepada diri manusia itu sendiri.
Peristiwa 13 Mei meninggalkan banyak kesan terhadap politik, ekonomi dan sosial masyarakat Malaysia. Oleh itu, kerajaan melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk mengurangkan perasaan kurang senang ekoran daripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Pelancaran DEB mempunyai dua matlamat utama iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan penyusunan semula masyarakat Malaysia. DEB menekankan penglibatan kaum Melayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar Ini bertujuan untuk menyimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Faedah yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak pelancaran DEB meningkat , keadaan ini akan berterusan. Ini ditunjukkan apabila masyarakat bukan Melayu menyoal tentang kenyataan bahawa kaum Bumiputera masih belum mencapai ekuiti 30% yang merupakan matlamat Dasar Ekonomi Baru. Sebenarnya, kaum Bumiputera mencapai 33%, kaum Bukan Bumiputera mencapai 30%, orang asing mempunyai 25% manakala Khazanah Holdings memegang 12%. Ini bermaksud kaum Bumiputera sebenarnya telah mencapai matlamat asal Dasar Ekonomi Baru dan kerajaan tidak patut meneruskan tempoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru tetapi harus mengamalkan dasar yang adil dan saksama terhadap semua kaum, dan kerajaan sepatutnya mengikut seruan bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir yang berkali-kali menyeru kaum Melayu untuk membuangkan tongkat demi menjadi lebih maju dan tabah dalam menghadapi cabaran. Namun demikian, Bajet 2006 masih memberi penekanan yang kuat kepada kaum Bumiputera, dan pelbagai projek pembangunan hanya diberi kepada kontraktor Bumiputera sahaja, tetapi bukan diberi berdasarkan merit syarikat kontraktor. Kerajaan tidak mengambil kira tentang keperluan dan kebajikan kaum bukan Bumiputera. Kerajaan perlu membuat sesuatu keputusan berdasarkan kesesuian waktu dengan rujukan, matlamat, maklumat lain, perancangan dan sebagainya.
Di samping itu, ketidakadilan pengambilan pelajar ke universiti awam akan menjadi punca ketidakperpaduan negara setiap tahun serta menjejaskan hasrat Malaysia mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai negara maju sepenuhnya dalam segala aspek politik, ekonomi, pendidikan, sosial, rohaniah dan psikologi. Pada tahun ini sebanyak 38,892 yang merangkumi 24,837 pelajar bumiputera (63.8%), 11,778 pelajar Cina (30.3%) dan 2,277 pelajar India (5.9%) sekali lagi bukannya pengecualian disebabkan penggunaan dua jenis peperiksaan yang berlainan dan secara diskriminasi bagi kemasukan ke universiti awam, iaitu peperiksaan STPM dua tahun dan matrikulasi setahun, padahal kedua-dua peperiksaan ini berlainan sama sekali dan tidak boleh dibandingkan. Perlu dijelaskan bahawa meritokrasi ala Malaysia bukan sistem meritokrasi yang sebenar; memadai dikatakan ia cuma melonggarkan kuota Melayu/Bumiputera dan seterusnya memberi lebih sedikit peluang kepada pelajar bukan Melayu untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT). Kewujudan meritokrasi dalam sistem pendidikan Malaysia masih memberi keistimewaan untuk orang Melayu. Sebagai contoh, jika Ali dan Mary mendapat markah yang sama dalam STPM, maka Ali lebih layak ke universiti kerana Ali adalah orang Melayu Bumiputera. Selagi “meritokrasi ala Malaysia” diamalkan, yang merupakan peringatan kepada segenap rakyat Malaysia bahawa meritokrasi hanya wujud dari segi luaran tetapi bukan dari segi kebolehan dan kepintaran seseorang, pengambilan pelajar ke universiti awam setiap tahun akan terus menyebabkan kekecewaan peribadi, bahkan lebih serius lagi, mengakibatkan ketidakperpaduan negara. “Meritokrasi ala Malaysia” bukan sahaja tidak adil kepada pelajar bukan Melayu tetapi juga pelajar Melayu cemerlang. Bagi eksistensialisme, konsep bumiputera dan bukan bumiputera tidak wajar diwujudkan. Ini kerana, Negara kita sedang menuju ke arah kecemerlangan dalam zaman globalisasi ini. Sepatutnya, semua rakyat haruslah mencapai kejayaan dengan tekad dan usaha sendiri tanpa bantuan seperti hak istimewa. Mereka seharusnya bersaing dengan sihat demi pembangunan Negara serta ke arah perpaduan. Sebarang keputusan atau fikiran manusia berubah dari semasa ke semasa dalam merancang masa depannya demi kebaikan semua pihak. Oleh itu, manusia seharusnya mempunyai petunjuk atau rujukan yang tertentu untuk membuat keputusan.
Sebagai kesimpulannya, selagi diskriminasi wujud di minda rakyat, maka tekanan untuk menerima logik perbezaan ini akan terus kekal. Konsep bumiputera dan bukan bumiputera digunakan untuk memisahkan dan membahagikan rakyat jelata akan menghalang Malaysia berkembang sebagai sebuah negara maju dan makmur. Kerajaan harus membantu sesiapa yang lemah atau dalam kesusahan tanpa mengira kaum. Oleh kerana ini, kerjasama antara kaum amat penting dalam mewujudkan masyarakat yang berpegang kepada pinsip pengedaran kekayaan yang adil dan saksama, demokrasi, keadilan dan peningkatan rohani.
Labels: Politics
<< Home